11 Ogos, 2013

MERCUN, LAGI DIHARAMKAN LAGI KUAT DAN MENJADI MEREKA BERNIAGA, SIAP DI INTERNET TU...

SAMAN DAN TINDAKAN TIDAL MEREKA PEDULI SEKALI PUN AMARAN DAN HUKUMAN BERAT DIMENDATORI TIDAK LANSUNG MEREKA TAKUT, MALAH SANGGUP SECARA TERBUKA MENJUAL DILAMAN-LAMAN WEB MENJADI TAPAK PERNIAGAAN MEREKA SECARA ON LINE... NAMPAK GAYANYA MEREKA YENH MENJADI TAUKEH KEBANYAKAN NYA GOLONGAN SEPET LANSUNG TIDAK TAKUT DENGAN TINDAKAN TERHADAPNYA, Mercun sekarang sangat mudah untuk didapati dengan cara membeli secara online di internet, begitu juga penjual mercun yang tidak memerlukan lesen dan risiko untuk dikesan dan ditangkap pihak penguatkuasa sangat tipis.
KUALA LUMPUR – Penjual mercun dilihat semakin licik untuk menjual bahan letupan terlarang itu apabila mereka mengambil jalan mudah membuka ‘kedai’ di internet yang dilihat bukan sahaja dapat menyelamatkan mereka daripada diberkas malah, boleh menjadikan sesiapa sahaja sebagai pembeli.
Dengan hanya membuat akaun di laman sosialblog dan forum, peniaga haram itu dengan rakusnya akan mempromosikan mercun seperti AP BomLemang, Thunder Clap dan 138 Shot Cake dengan harga antara RM7 hingga RM300.

Mereka begitu yakin akan terlepas kerana tidak perlu bersua muka ketika melakukan transaksi kerana setiap urus niaga dibuat menerusi perbankan internet, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Setiap mercun yang dipesan akan dihantar melalui syarikat kurier kepada pembeli.
Dengan erti kata lain, dengan adanya kemudahan ini, mereka tidak lagi perlu membuka meja di ruang terbuka seperti pasar malam dan di kaki lima atau melarikan diri ketika diserbu pihak berkuasa.
Tinjauan Kosmo! di laman Facebook mendapati tidak kurang 10 ‘kedai’ dicipta oleh penjual mercun dan bunga api dengan kebanyakannya baru sahaja diaktifkan pada awal Ramadan untuk dibeli dan dimainkan menjelang hari perayaan.

Seorang penjual mercun haram dikenali sebagai Nizam ketika dihubungi berkata, pekerjaan yang dilakukannya mudah dan memerlukan modal kecil. Selain mendapat untung berlipat kali ganda, dia boleh mengelakkan diri daripada diberkas pihak berkuasa.
Katanya, setiap urusan dijalankan melalui e-mel dan SMS manakala pembayaran pula dilakukan dengan kaedah perbankan internet. – Kosmo!


Read more: http://www.myberitasemasa.com/jual-beli-mercun-online/#ixzz2bZ5BXbY4

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND