02 Ogos, 2013

MAT REMPIT MAUT SEMASA TUNJUK AKSI DI JALAN RAYA

Seorang daripada sekumpulan mat rempityang menunjukkan aksi lagak ngeri berbahaya akhirnya mati selepas cedera teruk di kepala dan apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah belakang kereta.
Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.
Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.

(Gambar mayat remaja maut akibat kemalangan)
Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.
“Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri. – Harian Metr

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND