02 Ogos, 2013

LEMBU RAKSAKSA HASIL KACUKAN...

Lazimnya, rata-rata lembu hanya mempunyai saiz dengan berat sekitar 700-900 kilogram sahaja..Namun, hasil eksperimen dan pengubahsuaian genetik pada lembu jenis Belgian Blue ini telah membuatkan ia dipenuhi dengan otot dan daging, berbeza dengan lembu biasa..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..



Punca yang menyebabkan haiwan ini kelihatan besar adalah disebabkan pengubahsuaian pada genetiknya yang dikenali sebagai gen myostatin, iaitu gen yang bertanggungjawab menjadikannya saiznya berganda dari biasa serta berotot.

Spesies lembu istimewa ini mempunyai lebih daripada 40% jisim otot tambahan. Mereka mampu membesar dengan sangat pantas dan menghasilkan susu yang tinggi dengan protein untuk anak-anak mereka.

Apa yang tidak di ketahui oleh orang ramai, spesies lembu yang telah diubahsuai dari segi genetik sebenarnya mampu memberikan manfaat yang baik kepada kita. Walaubagaimana pun, proses pengubahsuaian genetik ini akan memberi kesan yang buruk kepada lembu tersebut di mana ia mungkin memberikan masalah kesihatan seperti bengkak pada lidah, kaki menjadi kaku yang menyukarkan mereka untuk makan dan bergerak serta membawa kepada kematian.



Video:

p/s: Buat kenduri ni, sekor pun cukup jamu satu kampung ni..Hehehe =D

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND