22 Julai, 2013

AIRMATA WAN MOHD MEMBONGKAR DISEBALIK NAMA CHE LONG



Dari awal nama Endut@Azlan yang lebih popular dipanggil Che Long diumum sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil Kuala Besut, ada sumber yang tidak pasti mengatakan bahawa ahli keluarga atau waris terdekat kepada Che Long sangat tidak bersetuju beliau menjadi calon PAS PRK kali ini.

Setengah pihak berpendapat bahawa itu hanyalah khabar angin pihak UMNO bagi melemahkan kekuatan calon PAS yang diangkat oleh Husam Musa.

Hari ini, video rayuan oleh sepupu kepada Che Long sendiri bernama Wan Mohd Sulaiman Idris menceritakan segala-galanya tentang khabar angin yang bermain selama ini sepanjang tempoh kempen PRK Kuala Besut. Khabar angin tersebut adalah suatu perkara yang realiti dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa lagi.

Isu kenapa Husam Musa menjadi pengarah pilihanraya bagi pihak PAS bukanya Haji Hadi untuk PRK Kuala Besut juga terjawab sepanjang temubual ekslusif antara pihak media dengan Wan Mohd Sulaiman yang lebih mesra dipanggil Tok Wan.

Che Long antara watak utama yang banyak membantu Husam di Putrajaya pada PRU13 baru-baru ini. Sebagai timbal balas, Che Long meminta Husam Musa untuk menjadi pengarah PRK bagi pihak PAS walaupun pada hakikatnya tidak dipersetujui oleh YDP PAS Besut Wan Azhar.

Ternyatalah, sepanjang temubual yang dibuat oleh pihak media bersama Tok Wan segala cerita bagaimana keluarga dan waris terdekat Che Long tidak bersetuju beliau menjadi calon PAS kerana menganggap Che Long menjadi mangsa kepada pihak tertentu dalam PAS sudah terjawab.

Untuk Che Long, kami tahu bahawa ibu anda juga menitiskan air mata kerana tidak bersetuju anda menjadi calon PAS dalam PRK Kuala Besut ini. Jangan hanya kerana Husam Musa yang banyak memberi projek dan balak kepada anda, rayuan ibu juga tidak diendahkan.

Kami tidak sanggup nak muat naik video air mata ibu kepada Che Long atas permintaan ibu beliau sendiri. 

Semoga Che Long kembali kepada pangkal jalan seperti mana rayuan yang dibuat oleh sepupu beliau Tok Wan. 

Baca selanjutnya di blog pasberuk.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND