23 Julai, 2013

TOYOL HIJAU FITNAH PEKIDA, GPMS, PERKASA & SAMIM PULA UTK HASUT PENGUNDI


Lambakan risalah ciptaan TOYOL HIJAU HUSE nampaknya makin banyak, semuanya memang diluar kotak pemikiran kita, motifnya tetap sama, mengelirukan pengundi dan memperlihatkan bagaimana buruk laku dan jahatnya Barisan nasional sedangkan setelah disiasat tiada siapa pun yang mengeluarkan Rislah begini, semenjak semalam teman dan rakan mula mengesan risalah sebegini diedarkan oleh mereka ataupun unit kelate Toyol Hijau yang sekarang nie diterajui oleh Huse yang sekali gus menyebabkan Wahid endut pulang meninggalkan besut tanpa mampu melakukan apa-apa bila disingkirkan, PAS Terengganu nampaknya sekadar mampu melihat bagaimana Kuala Besut di Darul Fitnahkan oleh kumpulan baru si TOYOL HIJAU KELATE nie


Sudah sepatutnya mereka yang difitnahkan oleh toyol hijau nie bangkit menafikan, kalian dijadikan bersifat Syaitan konnnya menyebabkan dibenci oleh rakyat sedangkan perjuangan kalian merupakan halangan kepada mereka yang mahu menghapuskan perjuangan kalian yang menjadi penghalang kearah Alif ba Ta... ///

Walaupun Pas sering mengatakan dasar perjuangan parti itu adalah berdasarkan Islam, namun cara berkempen yang ditunjukkan mereka di pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut jelas mengambarkan sebaliknya. Sekiranya sebelum ini, mereka mengunakan habuan syurga sebagai satu helah untuk memperdayakan pengundi Islam, kini gerakan dan strategi mereka semakin selari dengan pendekatan ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ seperti yang sering digunakan PKR dan DAP.


Sebagai contoh, ketika kempen pilihanraya umum ke-13 yang lalu, pakatan pembangkang telah dikesan mengunakan kaedah pengedaran risalah palsu kononnya ketua pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi untuk menjadi Perdana Menteri.



Namun percubaan yang bertujuan untuk menipu dan mengelirukan rakyat itu berjaya digagalkan apabila pihak media arus perdana, dan bloggers Barisan Nasional (BN) berjaya mengesan dan mendedahkan usaha jahat tersebut. Hasilnya rakyat khususnya pengundi mula sedar akan permainan licik tersebut lantas menghukum pakatan pembangkang dengan memberikan mandat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui kepimpinan negara.



Dengan mengunakan kaedah dan pendekatan yang sama, mereka cuba mempengaruhi pengundi Kuala Besut, dengan pengedaran risalah palsu. Ia ekoran dari beratus-ratus risalah palsu yang dikesan telah diedarkan di seluruh pusat daerah mengundi di Kuala Besut.



Risalah tersebut antara lainnya mengatakan, kononnya beberapa pertubuhan NGO Islam-Melayu mengharapkan agar para pengundi memberikan undi kepada calon Pas bagi merealisasikan semangat melayu bersatu antara Umno dan Pas. Paling menarik perhatian, isu 16-16 ‘1 Kerajaan’ turut digunakan bagi memperdaya pengundi.



Pada kempen PRK ini, Pas membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu menumbangkan kerajaan BN yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam DUN Terengganu.



Namun rakyat Terengganu khususnya di Kuala Besut telah diingatkan agar menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh Pas itu. Ini kerana sekiranya keadaan itu berlaku ia hanya akan meletakkan situasi politik tidak stabil kerana perbalahan yang berpanjangan. Sekiranya keadaan 16-16 berlaku, ia juga akan menyebabkan kerajaan negeri tergantung dan bakal menyebabkan keadaan politik menjadi tidak menentu serta menyusahkan rakyat.



Antara NGO yang difitnah kononnya membuat gesaan tersebut ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).



Kesimpulannya Pas ketika ini benar-benar sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak. Isu intergriti dan moral sudah tidak lagi wujud dalam parti yang mendakwa memperjuangankan Islam  Apa yang pasti semakin lama Pas bersama DAP dan PKR, parti itu semakin jauh tersimpang dari norma dan batas kewarasan.


SUMBER (KLIK)

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND