15 Julai, 2013

DAH MULA BAKO MEMBAKOR BENDERA....



Apa dah jadi nie... mu tak tahhuu lo ni kito jerebu. apa pasal lak nak bakar bendera pulak? bukan ker sesapa sahaja boleh pasang bendera, pasang ler berapa banyak yang korang suka, kalau nak pasang tutup satu rumah pun lantak lah, yang nak bakor bendera orang lain nie... apahal? 

Tapi kalau nak bakar... boleh tak jadi hal, bakarlah bendera yang kaki tumpang, bendera penyibuk, bendera parti yang pencacai... yang tak sangut paut dengan PRK Besut kat sini, tak kiralah apa bendera parti pun, yang tukang sibuk dan kaki ampu tu tak pa bakor, kalau ada bendera PKR dan DAP terbakor atau dibakor tu memang patut la... siapa suruh taruk masa PRK kat sini? macam la dia orang pulak yang nak bertanding, dan menjadi kesalahan untuk meletakan bendera parti yang tidak bertanding... lagi pun bila lagi sampai kiamat pun korang baru nak daftar sebagai parti Pakartun Roket?

 ERTIH: Polis menerima satu kejadian bakar bendera parti di Bulatan Kampung Lampu dilaporkan pada kira-kira jam 5.51 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria.


Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kes itu daripada pasukan keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar tempat kejadian. "Satu laporan sudah diterima dan kita akan menjalankan siasatan dengan terperinci. Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya. 



Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut di sini, sebentar tadi.
Kamaruddin turut menasihatkan penyokong parti supaya berkempen secara profesional dan tidak menimbulkan provokasi terhadap penyokong parti lain.


"Elakkan melakukan perkara seperti merosakkan, membakar dan menurunkan bendera parti lain. Ini akan menimbulkan tanggapan yang tidak baik antara kedua-dua parti yang bertanding," katanya.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND