10 Julai, 2013

INSYALLAH... SEKUPANGDUA RAMADHAN DIBESUT



Kepada semua saudara se Islam teman ucapkan selamat berpuasa, apa jua bangsa, kulit, rupa, muda tua, kecil besar, kaya miskin, pemimpin dan rakyat atau apa sekalipun perbezaannya sekali pun parti selagi kita seagama maka marilah kita hayati Ramadhan penghulu segala bulan yang menawarkan segala kelebihan dengan pelbagai gandaan yang dijanjikan bagi setiap apa sahaja yang dilakukan dengan niat baik apatah lagi ibadah...

Tahniah juga pada yang mengerjakan ibadah solat sunat Tarawih semalam, bagai dijanjikan keikhlasan ibadah kamu bagai bersih sebagai mana kain putih. Kalau tidak diuzurkan biarlah bertali arus sehingga malam terakhir sehinggalah terbitnya syawal.

Nampak gayanya kali ini teman kali ini terasa macam berpuasa di Negeri Mayang Diulik pulak kali ini, insyllah kalau ada rezeki kita ketemu dinegari yang mempunyai keajaiban kerana 7 Masjid yang begitu mengkangumkan kita seblum ini. Kopok losong atau sata bukan lagi tujuan utama kesana, dimana-mana saja boleh didapati... 

Kali ini rasanya bukan kerana makan yang memang jadi bualan apatah lagi bulan posa... Kali ini sekupang juga turut mewarnai PRK N 01 Kuala Besut. Melihat, menafsir, menyatakan, menziarah serta membantu rakan. Apa pun sekali parti moga kali ini Ramadahan menjadi hijab kepada kita sebagai umat Islam untuk menghormatinya. Apa pun kepentingannya janganlah kita lupa Islam adalah kaitan kepada semua supaya tidak keterlaluan hanya kerana untuk menang. Jadikanlah Ramadhan sebagai hijab kepada segala perlakuan dan pekara yang dilarang oleh agama itu sendiri. Macamana pun sukar pada kita mahu melihat pemfitnah yang berkata benar... Moga Ramadhan memberi iktibar kepada semua yang suka memfitnah...

Insyallah... Kepada sahabat semua kita jumpa disana, kalau tak berbuka sekali kita masih boleh bersahur sekali. Tak salah kalau kita jadikan Ramadhan permulaan salitulrahim untuk rapatkan Saf. pada kemelut di Mesir dan timur tengah yang kita ketahui sedang bergolak, moga Ramadhan memberi ketenagan serta meredakan segala kemusnahan yang sedang berlaku... 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND