17 Julai, 2013

PUTERI PERAK TERJAH MASJID KAMPUNG LAMPU DI BESUT




Pagi semalam sempat teman menyinggah tempat Puteri UMNO Perak yang bergotong royong membersihkan surau Kampung lampu, Masjid yang didirikan begitu lama dan menjadi bangunan sejarah sebagaimana bila diberitahu oleh bilal yang menguruskan masjid tersebut yang juga turut sama hadir dalam program Puteri UMNO perak tersebut cukup gembira dengan kehadiran anak muda apatah lagi mereka yang terdiri dari wanita sanggup turun dan membersihkan Masjid tersebut. 
Memujuk anak bila Ibu pun turut bantu gotong royong

simbolik penyerahan Telekung untuk kegunaan jemaah wanita Masjid

Program tersebut juga dihadiri oleh penduduk kaum hawa disekitar kampung lampu. bermula dari pukul 8 pagi sehingga lah ke tengahari mereka membersihkan masjid tersebut sehingga selesai. Ketua Puteri UMNO Perak juga berkata ini adalah satu program kemasyarakatan untuk pendudk sekitar, mereka juga menyumbang telekung untuk kegunaan Jemaah Wanita Masjid tersebut, Siapa sahaja boleh menggunakannya sebagai kemudahan kata Salbiah Mohamed yang juga merupa ADUN DUN Temenggor. Turut sama dalam program beberpa ketua Puteri dari beberapa bahagian dari Perak  

bersama yang penduduk yang terlibat

gabungan dari ketua puteri Perak

Bagi teman elok la tu dari banyak bercakap dan buat fitnah baik buat kerja yang berfaedah macam nie, jarang sekali kita dengar kumpulan atau golongan wanita yang mahu memberikan khidmat Masyarakat. tak kira ler sapa yang nak membantu kan elok buat kerja macam nie, teman masih teringat dengan bubur lambuk yang dema buat semasa PRK Permatang pauh yang sampai sekarang tak boleh lupa memang ngam ngam ho... POWER BEB!

1 ulasan:

Awanama berkata...

Idup Pu3 Umno,Idup BN

#pu3 umno tg malim

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND