10 Julai, 2013

MULA DAH... PAS TAK RETI RAMADHAN KER?

Memang dah agak, tak kira ramadhan ker nak buat kenyataan yang berbentuk fitnah, nak panggil penguam PAS memantau kononnya BN akan lakukan politik Wang, siap nak bawak peguam memantau, ekeke... Tapi peguam PAS ler... Yang nak sangat katakan BN ada politik wang nie tetiba apasal? Kenapa tak siasat dari mana datangnya jutaan ringgit bagi menjana Bersih, demo Haram, himpunan Hijau, Black 505, Road show yg guna Bas dan Lori yang kosnya mencecah jutaan ringgit... Pegiler siasat, tak siapa pun nak halang, ini yang belum pun wujud sebelum pemilihan yang bawak pengabih boreh nie buat apa, tak ingat ker ini bulan Ramadhan?

Paling memualkan bila PAS pulak macam kera kena belacan tu apa pasaiiii... kenapa pulak dia yang melompat bila Bn umumkan calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang juga merupakan muka baru? Kenapa nak kaitkan kononnya calon yang paling layak dimata PAS ialah Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf. Pelik kan, kalau dah rasa dema nie yang layak kenapa tak lantik jer dema nie sebagai Calon PAS? Lagi pun yang suka calon nie PAS jadi cadangkan jer sebagai calon dah kalau PAS kata calon nie boleh menang? 

Apapun memang pelik PAS pulak yang sibuk pasal calon BN, kenapa ler nak buat macam-macam cerita yang kita tentunya tahu boleh dijadikan punca pertelagahan kepada penyokong ataupun pengundi BN, Apa pasal lak buat cerita kononnya BN buat Politik Wang? Siap kasi tau kononnya Bn akan bagi BRIM untuk pengundi BESUT? Pakai akai la beb, lu ingat BRIM nie untuk orang Besut jer ker? Satu Malaya dapat la beb, termasuk Orang PAS jugak yang sapu licin...

Agak-agak ler yop, tarak ingat ka Dosa berhasad sesama Islam nie, lu tarak ingat ka ini bulan Ramadhan? Tak yah kecoh ler, pilih la lu punya calon sendiri, tok sah ler nak sibuk bagi BN kacau bilau.

Lu orang tengok la pa PAS lompat beruk dalam Harakah... Baca la kalu tarak percaya...

Pasukan peguam pantau politik wang di Kuala Besut

BESUT: PAS tidak menolak kemungkinan pelbagai bantuan termasuk ala Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) muncul di Besut menjelang 24 Julai ini.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad(gambar) berkata, Umno dan BN hanya bergantung harap kepada umpan kebendaan bagi mengekalkan pengaruh mereka di Kuala Besut.
 “Oleh itu bagi menghadapi kemungkinan itu, PAS Besut menyediakan pasukan peguam untuk memantau politik wang.

“Pasukan peguam daripada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS akan memantau dan mengambil tindakan lanjut setiap kes ditemui,” katanya ditemui di sini baru-baru ini.
 Menurutnya juga jentera kempen PAS dengan dibantu rakan-rakan Pakatan Rakyat memberi tumpuan khusus peti undi Seberang Darat, Tok Saboh dan Seberang Darat Luar.

Ini kerana kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti besar pada PRU ke-13.
Biar apa pun strategi, namun ramai melihat potensi calon menjadi senjata akhir. Umpan kebendaan, wang ringgi dan isu tidak akan ke mana sekiranya calon tidak berkenan di hati pengundi.

BN mempertaruhkan nasib bagi mempertahankan kerajaan “simple majority” dengan menampilkan calon muka baru, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
 Pemilihan Zaihan yang disifatkan orang Idris, sekaligus menegepikan Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Dungun, Zahanapi Sagaf.

Penyelidik Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan, Muhamad Zainal Abidin Hussin berkata, calon yang diumumkan BN hari ini seakan-akan memberi gambaran kelabu kepada BN.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND