15 Julai, 2013

CALON BERBUKA PUASA DI BERIS LAMPU BERSAMA MB PERAK



Petang tadi di kampung Lampu penduduk dikejutkan dengan kehadiran Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry bin Haji Abdul Kadir yang datang menziarahi penduduk dikampung tersebut. Rata-rata di sekitar kampung Beris Lampu pengundi yang menerima kehadiran beliau cukup disenangi. Mereka juga begitu mesra dan menyatakan kesyukuran dengan apa yang telah dikecapi.




Pada kehadiran Dr Zambry juga memperlihatkan betapa mereka cukup senang dengan keramahan Dr Zambry yang menziarahi, beliau juga sempat menemui penduduk dan bertanyakan permasalahan atau apa sebenarnya kehendak rakyat sebagai pengundi disini, bagaimanapun jelas penduduk kampung menyatakan sokongan terhadap Barisan nasional dan masih merasa kehilangan Yb pilihan mereka Dr Abdul Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat serangan komplikasi jantung, bagaimanapun mereka jugamenyokong calon muda Sdr Zaihan anak kepada Che Ku Abd Rahman yang juga merupakan pengasas sekolah Agama Ittifaq Kampung Nail, Kuala Besut. Beliau juga merupakan  pemilik Pusat Terapi rawatan AlOuran Putera di Taman Seri Seratus, Kuala Besut







Selesai menziarahi penduduk kampung Dr Zambry ke Dewan Beris Lampu untuk berbuka puasa di dewan Orang ramai Beris Lampu, penduduk hampir 250 disekitar kawasan kampung tersebut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, Penduduk dan pemimpin temptan mengambil kesempatan ini menemui beliau secara terus. Rata-rata pengunjung teman tanya mereka hadir dan berharap dapat berjumpa dengan Dr Zambry adanya




Majlis bertambah gamat bila Calon Sdr Zaihan Che Ku Abd Rahman hadir untuk meraikan kehadiran Menteri Besar serta penduduk tempatan yang memang menantikan beliau. Selesai berbuka mereka kemudiannya berjamaah Maghrib di Masjid Kampung Deris lampu yang berdekatan.


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND