12 Julai, 2013

MARATON BOSTON DIBOM SEBABKAN RAMAI YANG PUTUS KAKI

 


NSFW: Beberapa gambar ngeri orang putus kaki sejurus selepas letupan bom ketika acara Boston Marathon di Massachusetts, Amerika Syarikat..





Gambar ngeri yang menunjukkan beberapa orang penonton dan peserta marathon yang mengambil bahagian cedera parah hingga putus kaki selepas letupan selain mengorbankan tiga orang..


Kelibat lelaki misteri yang sedang berjalan di atas bangunan ketika kejadian dipercayai bertanggungjawab ke atas letupan yang berlaku..( NYdaily )



BOSTON, Massachusetts: Dua letupan bom menggegarkan kawasan berhampiran garisan penamat acara Maraton Boston, di sini semalam, menyebabkan sekurang- kurangnya tiga orang maut dan lebih 170 lagi cedera.

Insiden berdarah itu turut meningkatkan kebimbangan bahawa pengganas sekali lagi mungkin melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua letupan yang berlaku hampir serentak dalam jarak kira-kira 91.4 meter itu turut menyebabkan cermin tingkap bangunan pecah dan membentuk kepulan asap tebal di udara.

Kolam darah turut terbentuk dengan kesan letupan dapat dirasai sehingga pada ketinggian bangunan tiga tingkat.

Polis Boston berkata, tiga orang disahkan terbunuh termasuk seorang kanak-kanak berumur lapan tahun.

Pihak hospital pula berkata, sekurang-kurangnya 176 orang cedera dengan 17 daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Dua bom yang belum meletup turut ditemui berhampiran garisan penamat Maraton Boston yang diadakan di Copley Plaza, Boston, sekali gus menunjukkan serangan itu dilakukan secara terancang.

Menurut seorang pegawai perisikan AS yang enggan dikenali, kedua-dua bom itu bagaimanapun berjaya dimusnahkan.

Kira-kira 23,000 orang menyertai acara larian itu yang diadakan di tengah bandar raya Boston, berhampiran mercu tanda Pusat Prudential dan Perpustakaan Awam Boston, tetapi hanya 17,000 daripada mereka yang berjaya menamatkan larian.

Acara itu yang diadakan ketika Hari Patriot, hari cuti bagi negeri Massachusetts untuk memperingati pertempuran pertama Revolusi Amerika pada 1775, turut menarik lebih 500,000 penonton. - AGENSI


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND