23 Julai, 2013

LAGI KERJA TOYOL HIJAU KELATE SEBAR FITNAH...

surat palsuSEJAK semalam bermula serangan psikologi terhadap pengundi di DUN Kuala Besut.
Bila merasakan mereka berkemungkinan besar akan kalah  teruk kini mereka mula menipu dengan menyebarkan surat  dan SMS palsu.
SMS palsuSurat tersebut di kesan disemua pusat daerah mengundi yang di sebarkan dengan menaiki dua buah motosikal jenis Yamaha Ego berwarna merah dan dua buah motosikal Honda EX5 juga berwarna merah.
Penyebaran surat tersebut dipercayai diarahkan oleh seorang jawatankuasa PAS dengan menggunakan pemuda tersebut yang terdiri dari remaja-remaja yang masih di bawah umur.
Surat palsu tersebut menyatakan kononnya Timbalan Perdana Menteri telah meluluskan pemberian sumbangan duit raya kepada seluruh pengundi dalam DUN Kuala Besut tanpa mengira fahaman politik.
Pendahuluan berjumlah RM300 akan diberikan bermula 22 Julai.
Penyebaran surat palsu ini dipercayai untuk mengelirukan pengundi dan mengucar kacirkan jentera dan bilik gerakan BN apabila diserbu pengundi.
SMS palsu yang disebarkan pula meminta pengundi untuk mendapatkan RM300 daripada pengerusi JKKK sebelum atau pada 5 Mei 2013.


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND