13 Januari, 2013

ANTARA MARUAH DAN PENGORBANAN


Salam semua, Baru hari ni nampakanya sedikit kelongaran terasa, bermula minggu lepas hingga kehari ini barulah nampaknya berkelapangan. untuk menulis, macamana pun nampaknya terasa begitu akrab kaitan maruah dan pengorbanan, teman reda dengan hikmat yang Allah beri pada teman, melalui beberapa saat yang menyedihkan serta  perjuangan

Kembalinya Opah teman yang di Rumah Keramat bagi Keluarga Pak Ya dan Emak teman, bukan pekara biasa pada teman, rumah ini penuh kasih sayang untuk teman serta anak-anak teman untuk belajar bagaimana erti kasih sayang sebenar, Sekali pun Ayah dan emak teman yang punyai umur 3/4 abad tetapi demi tanggung jawab opah teman dijaga dibelai dengan baik, dari sihat, sakit sehinggalah akhir nafas  beliau menemui Ilahi khamis lalu, apa sekali ragamnya mereka ambil dengan penuh tanggungjawab dan atas dasar kasih sayang didikan seorang ibu terhadap anak, bukan itu sahaja, Atok pun meninggal dirumah keramat ini dijaga mereka sehinggalah keahkir nafas.... Alfatihah...

Dimasa yang sama keesokan harinya teman hadir ke makamah  bila tuduhan teman menghina makamah kononnya atas segala yang menyentuh namanya dikira melanggar arahan, bagaimana pun yeman baru dapat melantik peguam untuk teman mohon di bicara dengan pembelaan, kegagalan hadir juga membolehkan teman dipenjarakan, tang tu teman tak boleh nak cakap macamana niat atau kehendak sebenar

Alhamdulullah... bagaimana pun bakal disambung pada febuari ini nanti, pada yang beri sokongan terhadap teman, terima kasih pada kalian, kalian lah semangat teman meneruskan ... insyallah akan teman teruskan

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND