06 Januari, 2013

KAKI JUBUR DAN BALUN BINI ORANG SEBAB UTAMA EZAM KELUAR PKR?

Kenapa Ezam tinggalkan Aljubri? meninggalkan PKR, tentulah kita nak tau kenapa dia tinggalkan Aljubri? tentulah ada sebab utama dan yang betui-betui boleh merubah pendirian beliau pada Aljubri atau tidak lagi percaya lansung lagi. Sekalipun kita tau macam-macam cerita yang ditimbulkan, malah aljubri pun bukan main lagi merah padam mukanya dalam ceramah memfitnah dan menuduh pelbagai-bagai pekara yang direka dan dikaitkan untuk membuktikan EZAM ada sebab lain. Antaranya kerana UMNO rasuahkan Ezam, UMNO rasuah jawatan atau pangkat, Rancangan UMNO... dan banyak lagi, selagi boleh diputar alam selagi itu pelbagai andaian dan rekaan cerita bakal menyusul, 

Dalam wawancara dengan Antarapos, pengikut paling setia Anwar pada satu ketika dahulu itu ditanya terus terang sama ada beliau menyertai Umno kerana wang ringgit atau disebabkan kecewa dengan Anwar.

Isu Shamsidar dan hubung kait beliau dengan Anwar kembali menjadi fokus berikutan saman fitnah RM100 juta yang difail oleh Anwar terhadap bekas rakan tenisnya, S.Nallakarupan. Kes itu akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan ini.

Saman itu berkisar kepada tuduhan Nallakarupan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana beliau tidak bermoral dan seorang biseksual. Nallakarupan menamakan Shamsidar antara beberapa saksi yang mahu dipanggil untuk memberi keterangan. 
 
Dalam wawancara itu, Ezam menegaskan beliau “tinggalkan” Anwar kerana isu-isu moral yang tidak dijawab oleh Ketua Pembangkang itu setelah sikap cemburu  Wan Azizah terhadap Shamsidar dan lelaki tertentu mencetuskan kesangsiannya terhadap Anwar.
 
"Saya bukan (dianggap sebahagian) keluarga Anwar, saya bukan dalam keluarga Anwar (tetapi) (ketika) Anwar dalam penjara tujuh tahun, saya dah jadi sebahagian dari keluarga beliau," kata Ezam. 
 
"Anak-anak Wan Azizah pada masa itu dah macam anak saya, mereka panggil saya pakcik (uncle), mak saya dah macam mak Wan Azizah.
 
"Barulah saya lihat apa sebenarnya yang berlaku. Sebab saya melihat macam mana reaksi Wan Azizah terhadap beberapa perkara. Cemburu Wan Azizah bukan hanya pada perempuan, tetapi juga pada lelaki-lelaki tertentu.
 
"Shamsidar contohnya datang ke rumah itu, Wan Azizah terus berubah muka, Shamsidar hulur tangan, Wan Azizah tak nak salam. Benda-benda macam ini saya tengok, ini semua berlaku secara natural (semulajadi)."
   
 
 
 
Bagaimanapun mahkamah berkenaan mengarahkan Anwar dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar setelah menjalani hukuman penjara enam tahun kerana sebab-sebab teknikal.
 
"Keputusan bertulis itu, kalau kita baca betul-betul menunjukkan bahawa aktiviti homoseks itu berlaku," kata Ezam.
 
"Ketiga-tiga hakim termasuk dua hakim yang membebaskan Anwar.. dia sebut bahawa aktiviti itu berlaku. Tidak ada kesangsian di situ dia (hakim) kata, tapi disebabkan Azizan, disebabkan teknikal undang-undang …. jadi tidak cukup untuk mensabitkan Anwar ke penjara.
 
"Saya baca, jadi bila saya baca lagilah saya rasa sangsi, dan saya (desak) Anwar untuk jawab, bahawa dia harus ambil tindakan. Saya tidak boleh terus memberikan sokongan kepada beliau apabila sudah ada keputusan bertulis daripada Mahkamah Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa dia seorang homoseks.
 
"Takkan saya nak sokong seorang gay? Dan ini bukan berdasarkan satu judgement, ianya juga berasaskan dalam rumah (Anwar) apa yang berlaku (dan) banyak yang menjadikan saya sangsi, jadi saya berdepan dengan dia.
 
"Beliau jawab:  Ini semua konspirasi. Saya akan minta peguam saya untuk meminta mahkamah untuk memadamkan segala kenyataan hakim yang mengatakan saya ini peliwat.”
 
"Itu dia janji kepada saya, Anwar hidup lagi…anda pergi tanya dia, dia janji kepada saya, dan bukan dia janji kepada saya sahaja, dia janji kepada seluruh penyokong PKR, di rumah dia, dia buat ceramah pada beberapa malam sebab dia sudah tahu saya tak (yakin)..jadi dia nak yakinkan saya dalam ceramah.
 
"Hari ini dah 2012, anda boleh “check” dengan mahkamah, apakah Anwar buat permohonan untuk memadamkan kenyataan hakim itu? Anwar tak buat,".
 
"Dia tak buat. Dia ada hak untuk berbuat demikian dan dia patut melakukannya di atas prinsip moral dan sebagai seorang pemimpin. Kalau saya lah buat benda itu, orang kata saya buat, tentu saya akan lawan sampai saya mati," kata Ezam.
 
"Sebab ini bukan soal main-main, ini soal moral saya. Dan Anwar ada ruang untuk buat dan dia janji untuk buat, tapi dia tak buat," kata beliau.
 
"Jadi sebab itu saya rasa, saya tidak ada lagi untuk meneruskan sokongan saya pada Anwar," tambah beliau. 
 
Selepas keluar daripada PKR, Ezam mengetuai sebuah pertubuhan anti rasuah (GERAK) sebelum menyertai Umno pada 28 Mei 2008.

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND