Setiap hari anak-anak sekecil ini ada disini minta derma |
Kalau anda pernah ke Tambun yang berdekatan dengan LOST WORLD, terdapat sebuah Maybank bangunan bersebelahan dengan Gaint, Pasti dapat tengok boleh dikatakan setiap hari akan ada dua dan kekadang seorang budak perempuan seusia lebih kurang 12 tahun kebawah yang akan berada diluar Mesin ATM Kawanku yang kononnya meminta derma
Kadang-kadang sehingga lewat malam anak-anak nie akan tunggu sesiapa sahaja yang menggunakan mesin Atm untuk berurusan masuk atau keluar duit disini. Kekadang memang nampak kesian dan sedih bila kita tengok semuda usia 12 tahun ni akan duduk disini meminta derma.
Seperti Biasa kita memang tahu tajuk derma tentulah berkenaan pembinaan sekolah agama, Pembiayaan untuk anak yatim, masjid dan banyak lagi yang ada kaitan tuntutan sebagai umat Islam perlu bantu demi nasib anak-anak seperti ini.
Tetapi bila hari-hari dan begitu lama sehingga bertahun dema ni masih ada disini untuk mintak derma dan kekadang setiap sedekah kununnya dengan membeli kalender dan pelbagai benda bagi mengantikan sumbangan kita yang kononnya sebagai derma demi membantu sekolah agama ataupun anak yatim dan lain-lain.
Bina baru sekolah Agama di Taman Perpaduan tambun |
Tetapi ada sepekara yang musykil bagi teman bila bertahun anak-anak ini diperhambakan begini dengan menjadikan agen meminta derma di kawasan ini yang sebenarnya cukup membangun dan smenjadi diantara terbaik dari segi pembangunan di sini terutamanya kerana kita cukup tahu kawasan yang diwakili oleh YBMK II Datuk Seri Husni Hanazlah, Dato Nazri dan Dato Rosnah Yb parlimen disini, Buktinya kalau kita menuju ke Taman Perpaduan akan dapat kita tengok sekolah agama yang baru dibina disini yang satu ketika dahulu sekolah agama nie tak lah sebesar dan lengkap seperti sekarang.
Disebelahnya akan kita lihat Surau yang begitu besar semacam masjid yang turut diusahakan oleh kerajaan terutama YBMK II yang cukup perihatin dengan kawasan beliau, Pelik dan menjadi tanda tanya kenapa masih lagi ada yg menggunakan anak-anak ini yang kadang-kadang sehingga malam akan berada di Luar pintu ATM bank nie, memang pelik jika YBMK II terlepas pandang atau tidak membantu, tidak dinafikan juga bila kita tahu ada sendikit yg menggunakan anak-anak nie untuk meminta derma dan ada juga kesempatan nie yang kita cukup tahu digunakan oleh Pati Ajaran sesat kununnya demi membangunkan bangunan atau sekolah anak-anak yatim ataupun kategori sekolah agama atau pondok persendirian
Setahu teman YBMK II belum pernah menyisih rakyat terutama di kawasan beliau sendiri, pernah satu ketika bila teman dalam kedai gunting rambut bersembang dengan seorang India, pada mulanya teman tengok gayanya dengan badan yang tegap bertindik dan bersubang serta dengan suara yang amat kasar bersembang dengan teman bila teman agak dia nie macam dari Parti Pembangkang. sambil tengah digunting rambutnya teman masih ingat apa yang dia kata...
' Abang kita sini tak payah mau minta-minta sana sini, tak payah tunggu itu kerajaan atau parti MIC, Samy Vellu. sini semua boleh dapat, masa tu teman dah rasa macam betul tekaan teman dia ni mungkin group Hindraf... Sini banyak senang la bang, cukup senang kalu ada lain orang kata ini kerajaan tarak baik saya ingat itu satu worang punya dalam dunia tarak otak, Sini ha bang kadang-kadang kita tak payah tulis surat pun, turus pigi jumpa iti Datuk Husni cakap dan mintak sama dia GARENTI dapat punya, kita minta apa saj mau minta tolong biking kuil pun tarak masala tuntu dia kasi punya, Dia baik punya worang bang, lagi apa mau ini macam? ini Datuk Husni ha tarak double standard semua worang banyak hormat sama dia, dia baik punya worang la bang, tipu la kalu worang cakap dia tarak baik punya worang, itu serupa BERSIH ka tarak guna punya worang, itu semua busuk hati punya worang, kalu betul ini tempat punya worang ha semua suka sama ini Datuk Husni...
Nampaknya salah tekaan teman, hehehe.. tapi nyata memang cakap dia ni memang betui Tambun cukup membangun dan memang tak da harapan kalau pakartun Roket nak menang walaupun kita tahu sekarang nie dema tengah berperang nak dapat kerusi tambun antara PAS dan PKR yang sebenarnya memang jauh kalau nak mimpi dapat tambun dari YBMK II nie.
Teringat jugak teman satu ketika Hari Raya thun lepas bila teman cuba spy YBMK II macamana dia boleh berada diprogram masa raya disini, macamana dia boleh hadir di Program di tambun kerana dia boleh sampai disini on time sedangkan banyak yang merunggut bila balik keIpoh yang memakan masa sehingga 8 Jam kerana kesesakan lalu linta samada jalan lama atau Highway kerana sesak dengan kenderaan dan kemalangan?
Rupanya dia (YBMK II) berseorangan turun Ipoh dari Kl dengan menaiki ETS, hahaha kalau ETS nie kan kita tahu ikut jadual dan tepat, nyadin (selamba) jer dia sorang-sorang naik ETS dari Kl ke IPOH, sampai diIpoh dema jemput dia terus ke program begitu juga bila balik ke KL. Bila disiasat kenapa dia tak menggunakan kereta rasmi dia kata Jalan Jem dan Driver dia pun nak raya jugak. bagi ler dia peluang...
Dan paling kelakor bila ada sahabat yang cerita kat teman ' Bro masa teman balik naik ETS teman jumpa sebijik muka sama macam datuk Husni.... Siap ada yang nak mintak tangkap gambor sekali. Tak kan komer tak dapat agak siapa yg sebenornya dema jumpa dalam Train?
PADA PIHAK YANG BERWAJIB TOLONG LAH SELAMAT KAN ANAK-ANAK INI, JANGAN ABAIKAN NASIB MEREKA BEGINI DEMI KEPENTINGAN LAIN, ANAK-ANAK JUGA BERHAK MENDAPAT ZAMAN MEREKA, TEMAN PERCAYA ADA DALANG DISEBALIK ANAK-ANAK YANG MEMINTA DERMA YANG TERPAKSA MENGHABISKAN MASA SEPANJANG HARI DISINI, APAKAH MEREKA TAK BERSEKOLAH? TEMAN TIDAK PERCAYA YBMK II TIDAK BANTU JIKA BENAR ADA YANG MEMERLUKAN SEKOLAH ATAU TEMPAT TINGGAL APA TAH LAGI UNTUK ANAK-ANAK YATIM!
1 ulasan:
salam chor,
teman pun tinggal di tambun, rasanye teman kenal budak perempuan tu yg minta derma di maybank sunway lostworld tu..teman penah sembang dgn budak perempuan tu, petah bercakap. dia bukan org tambun. kalau tak silap, dia org utara dari kedah. dihantar ke situ. tak tau la sekrg masih ada ke tidak kerana musim sekolah dah start.
org tambun sini syukur alhamdulillah dpt ahli parlimen yb husni. dia bagus. teman punya persatuan penduduk lembah perpaduan permai dpt bantuan rm50k utk surau taman sini. teman tgk dia konsisten dtg ke kawasannya dari dulu lagi.
tapi teman undi di pasar panjang di sitiawan. pru 2008 teman undi pas si nizar tu, tapi kali nie teman dah nampak sapa retorik sapa janji ditepati..so kali nie teman undi BN :-)
Catat Ulasan