16 Januari, 2013

UPDATE : MENINGGAL DUNIA KETIKA CERAMAH PAS PENGKALAN PEGOH


Alfatihah! baru sebentar tadi di Ceramah PAS pengkalan Pegoh disini, salah seorang hadiran meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi, Mohammad Puaad bin Ariffin yang menghadiri ceramah PAS meyinggah kesalah sebuah kedai makan untuk minum, beliau rebah dengan sendiri secara tina-tiba. teman yang kebetulan lalu untuk order air di kedai yang sama medapati dia di pangku oleh beberapa petugas sambil dikibarkan kain agar arwah dapat udara segar untuk salah satu usaha yang mampu membantu beliau   
Masih bernafas ketika ini... 
Ketika itu arwah masih bernafas lagi bila teman tengok dadanya yang masih turun naik, tetapi selepas kira-kira 10-15 minit selepas itu teman tengok pernafasannya makin perlahan, muka arwah juga bertambah pucat bagai kehilangan darah, kira-kira jam 11.30 teman tengok dadanya mula berhenti, sqlah seorang dari petugas meyebut beberapa kali ALLAH ketelinga beliau. pada masa iti teman tengok dadanya sudah berhenti bernafas bila dilihat tidak lagi bergerak turun naik.  

Sebaik Ambulan sampai kira-kira 15-20 minit selepas dihubungi, arwah diperiksa dan dengan alatan memeriksa nadi arwah ternyata beliau telahpun disahkan meninggal dunia. selepas lebih kurang 5-10 minit selepas ambulan beredar pihak polis datang untuk ambil mayat arwah untuk urusan pengesahan kematian dan mungkin untuk bedah siasat. 

Amat teman tak puas hati bila ketika kejadian tersebut, Ketua pemuda PAS malaysia yang juga merupakan penceramah akhir selepas Wong Ka Wee dan Sivakumar (tronoh) terus berceramah, dalam kecoh begitu sepatutnya berhentilah dari meneruskan ceramah beliau, teman tak paham dalam kematian arwah yang telahpun disahkan dia masih melalak mengutuk UMNO dan BN seperti tidak ada apa yang berlaku sedangkan ada orang yang juga datang untuk ceramah tersebut meninggal dunia.

Nampak sangat idak perihatin, sekalipun kalau alasannya tak perasan dengan kejadian yang hanya berjarak sekitar 50 Meter dari tempat ceramah sukar bagi teman dan juga beberapa orang lain yang juga turut hadir, Bukankah sepatutnya urusetia memaklumkan kepada penceramah untuk berhenti bagi menghormati salah seorang penonton yang meninggal dunia. Sepatutnya kena berhenti serta merta! 

Sehinggalah tamat sesi ceramah kira-kira jam 12.01, bagaikan tiada apa yang berlaku dan teman tengok yang hadir mula balik dengan kelihatan kenderaan motor dan kereta yang berpusu-pusu keluar untuk pulang, tak boleh ker umumkan ada yang meninggal dan disedekahkan Alfatihah atau setidak-tidaknya bersimpati dengan memberi sedikit sedekah kepada keluarga mangsa hasil kutipan malam nie, lancarkanlah derma kilat dan arahkan jawatan kuasa menguruskan Arwah sehingga kepangkuan keluarga kerana beliau juga mungkin sebagai seorang ahli PAS. 

Teman agak terkejut bila dengar ada yang mengatakan arwah Orang Kuala Pari, tersentak teman dengar kerana mana mungkin reman tak kenal orang kampung, kebetulan teman tengok ada dua orang kampung teman yang hadir selepas arwah meninggal dunia, barulah teman perasan yang rasanya dia memang orang kampung Sri Aman, Menglembu, almaklumlah rasanya hampir 20 tahun teman tak jumpa. 

Dekat pukul 1 pagi kelihatan anak dan menantunya hadir selepas dihubungi dengan merujuk nombor talipon yang tercatat dalam dompet beliau...

Bertambah sakit hati teman bila ada ler ostad sorang nie yang kata ' Tak Pa... dia matipun JIHAD sebab hadir dengar ceramah kita'  panas benor teman bila tuan punya kedai makan tersebut cerita pada teman, udahlah komer buat nohing ( baut tak tau) banyak pulak bunyinya! kalau tauler  anak-anak dia dah tentu pakat meyumpah ler dema. getek dan meluat betoi teman dengan komer! 




   


4 ulasan:

musafir berkata...

tuan blog, mintak padam atau kaburkan bhgn aurat Allahyarham si mati. semoga ditempatkan bersama orang yg beriman dan beramal soleh. amin, insya'Allah. - pengundi BN

sekupangdua berkata...

Terima kasih Tn Musafir... tolong ingatkan, mohon maaf atas segala ralat yang terlepas pandng, almaklumlah tgh pagi buta...

Terima kasih atas teguran...

Kinta Menjerit berkata...

al-fatihah

Semut Hitam berkata...

Innalillah... Al - Fatihah...
Salam perjuangan bro... pinjam artikel untuk dijadikan renungan... Mohon pautkan blog Semut sekali ye...
http://semuthitam80.blogspot.com
Terma kasih...

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND