10 Januari, 2013

BLOG PISAU CUBA DIHACK?

Sukar di layari....
Kira-kira jam 10 malam semalam sehinggalah lewat jam 2 pagi semalam memang agak pelik, jam10.30 lagi bertambah sukar untuk kita singgah kelaman Blog Pisau.net nampaknya semacam ada gangguan serta cubaan untuk Hack blog Pisau.net, teman pada mulanya dihujani oleh pelbagai panggilan dan sms bertanya apa dah jadi blog pisau.net tak boleh dibuka sekitar jam 10 lebih semalam, kebetulan sebelum itu teman yang bersama dengan kira-kira 20 bloggers yang sedang santai  disebuah. restoran pada awal mendapat banyak pertanyaan rakan-rakan bloggers yang merunggut tak boleh melayari blog Pisau, anehnya sekitar jam 9.30 malam blog pisau boleh dibuka dengan baik tetapi selepas itu blog beliau makin sukar dan teman sendiri tidak dapat bukak lansung blog pisau

Sekembalinya dari perjumpaan bersama rakan blogger yang lain, kira- kira jam 2.30 pagi sekali lagi teman cuba bukak blog pisau tapi lansung tak boleh, yang peliknya blog lain tak jadi masalah tetapi kenapa blog pisau yang jadi begini pulak? blog pisau.net nampaknya masih lagi menjadi kesukaan ramai untuk disinggah sejak isu Sedekah tanah  10.526 yang makin panas bila dibongkar beliau bagaimana ada pertukaran untuk Menteri Besar dengan tanah seluas putrajaya  di Chiku, Gua Musang, Tanah yang diusahakan oleh ahli PAS sendiri diserahkan kepada Upayapadu Plantation dimana hasil dari carian SSM mendapati terdapat dua pemilik yang menguasai hampir sepenuhnya milik nama Ngeh

Terkedu dengan tindakan itu ngeh memberi amaran selama tujuh hari dan minta mereka memohon maaf kepadanya dan jika tidak bakal berdepan tindakan saman,  bagaimana pun ada sedikit kelonggaran pada ugutan saman beliau bila kononnya mencabar supaya Pisau tampil dan paling berhasad bila menamakan Seorang pegawai Yayasan Bina Upaya (YBU) juga diheret dalam kancah maianan beliau, apa kaitan dengan YBU setakat ini nampaknya cukup jelas slah satu cara yang teman dan rakan terfikir adakah untuk memalu dan mengaitkan dalam isu ngeh, apakah motif yang dikaitkan sebagai membalas dendam dengan peneraju kerajaan negeri perak? tak nampak kaitan YBU disini dalam isu beliau tetapi kenapa masih mahu mengheret kekancah isu tanah tersebut,

Bagaimana pun kita tunggu hingga akhir hari ugutan saman beliau, kita tunggu benarkah dia akan saman? hehehe.... pada teman tak payah kecoh pasal saman nie, buat dulu dah siap dengan wirit dan urusan makamah baru kata saman, setakap cakap nie buang karen jer! banyak pekara yang  wartawan boleh buat liputan, tengtang mangsa banjir, rakyat dalam kesusahan, fakir miskin, yang kemalangan dan banyak lagi yang lebih penting untuk diwawarkan, nampaknya usgut saman nie dah jadi trend pulak bagi ramai pemimpin pakatan bagi tujuan menakutkan seseorang?

Apapun teman nak ucap tahniah pada blog pisau diatas banyak pendedahan yang dia lakukan, teman dan rakan  juga  akan terus menziarahi dan bersama pisau dalam memaparkan segala kebenaran, tak payah takut untuk semua ini, kenapa perlu kita sorokan segala kejahilan dan penyelewengan yang kita tahu. yang seronoknya bila ramai rakan yang tengah bertanya macamana rupanya pisau nie, hahaha... ada kata perut boyot, bekas pesara tentera, mat rock kapak, guru silat, taukeh ikan, deaspacth boy dan banyak lagi...  dema gelak besor bila semua agak pisau nie yang dah bersara tentera, mungkin jugak kot! apa pun teman dema agak terdiam bila tetiba blogger Kamunting kata dia nie aku rasa bai NORMAN KRU KOT TAK PUN DIA NI  YUNA! kekeke... anyway tahniah  Megat PCT tetap sokong sama lu... 

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND