28 Mac, 2013

AWAL SHAARI MENINGGAL DUNIA?

A

Awal Ashaari Terkedu Terima Berita Kematiannya



“Saya terkedu !”
Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita “kematiannya” yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.
Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.
“Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.
“Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit.
“Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya,” ujarnya.
Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya.
“Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama,” katanya tegas.
SUMBER ]

Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND