Baru sebentar tadi Perdana Menteri Ds Najib menjawab persoalan oleh wartawan-wartawan nerkaiatan serangan pengganas Sulu di Sabah yang mengakibatkan 8 anggota keselamatan kita terbunuh, sebelum ini Pengganas juga menuntut supaya gencatan senjata dan meletakan syarat bahawa Malaysia juga kena letakan senjata sebagai mana yang mereka mahu atau syaratkan.
Bagaimana pun DS Najib mengulangi pendirian kita bahawa mereka akan terus diserang dalam operasi op Daulat yang sedang dilancarkan, mereka juga akan berterusan diserang sehingga mereka setuju meletakan senjata dengan tanpa apa-apa syarat jika mahu serangan dihentiankan
Tang nie teman ra PM kita bijak! Tak ler macam si meroyan MB pakartun roket, kenapa pulak kita kena ikut syarat dema, dema juga yang bunuh wira-wira kita dulu, bukan kita yang mulakan dulu tapi dema. Dan paling jijik dan kotor apabila wira kita dibunuh semasa mereka meletakan bendera putih yang kononnya sebagai tanda menyerah diri, sebaliknya dema menyerang ketika anggota VAT 69 kita menghampiri mereka secara terbuka kerana berhelah dan menipu serta akur janji sebaliknya menembak wira kita sehingga mati.
Ops Daulat yang menyaksikan kerjasama polis dan tentera di bawah strategi lautan biru setakat ini nyata membuahkan hasil memberangsangkan.
Sebentar tadi sidang media yang telah diadakan oleh YAB Perdana Menteri menyatakan Ops Daulat akan diteruskan sehingga semua pengganas menyerah diri sepenuhnya termasuk dalang disebalik pencerobohan ini.
Malaysia telah berunding selama hampir sebulan sebelum membuat keputusan menyerang pengganas, sepatutnya pengganas menggunakan masa tersebut berunding tetapi mereka memilih untuk berperang.
Malaysia telah berunding selama hampir sebulan sebelum membuat keputusan menyerang pengganas, sepatutnya pengganas menggunakan masa tersebut berunding tetapi mereka memilih untuk berperang.
Malaysia juga tidak bertindak agresif sehingga pihak pengganas menunuh anggota pasukan keselamatan dengan menipu kononnya menyerah diri sambil mengibarkan bendera putih, kata Najib lagi
Kita akan menyerang sehingga kesemua pengganas menyerah diri, jika mahu genjatan senjata mereka perlu serah diri lebih awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan