NORMAN TOLONG JAGA ANAK-ANAK ANUGERAH TUHAN KEPADA MU! Melihat pada kenyataan Janda meroyan nie teman terpanggil untuk meyuarakan hasrat teman, teman tak boleh menahan sabar dan hilang kepercayaan bila janda yang satu ketika pernah menjadi heroin Gerak Khas yang kononnya menjadi wirawati yang pertahankan negara dari ancaman serta memastikan keamanan di Bumi Malaysia tercinta rupanya masih tak belajar erti perjuangan khasnya POLIS dan TENTERA yang sanggup gadaikan nyawa demi memastikan kita akan terus aman.
Lihat saja apa yang dilahirkan oleh seorang anak kepada arwah Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban dalam kes terbaru di lahat Datu. Betapa runtuhnya hati kita termasuk Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan Isteri yang melawat anak kecil nie Mohamad Akmaruddin yang kehilangan bapanya akibat serangan pengganas Sulu tempohari.
Bagaimana pula seorang palatkun sebegini sanggup memperkecil dan mempersendakan kematian kedua-dua pejuang yang syahid terbunuh oleh pengganas yang cuba menghuru harakan negara, mungkin juga atas desakan atau kehendak seseorang demi kepuasan serta kuasa yang dia mahu sehinggakan tidak peduli sekalipun ada kematian?
Macam ni statemen Heroin Gerak Khas? |
Apa rasa anak yang melihat bapanya terbujur kaku sebegini... |
Cuba bayangkan bila seorang anak melihat gambar bapanya yang tidak bernafas lagi akibat mempertahankan negara demi keamanan Negara sehingga terkorban. Apakah janda meroyan masih tidak belajar lagi erti kemanusiaan? Apakah dia tak pernah belajar dari setiap lakunan dan setiap episod dalam Gerak Khas yang meninggalkan pelbagai mesej dalam beratus episod yang dia terlibat.
Lantak ler orang nak cakap apa! tapi pada teman nak jugak bagitau Norman supaya bertanggung jawab menjaga anaknya supaya tidak bila besar nanti anak tersebut akan pertikaikan bagaimana tanggapan penjaga supaya memastikan nasib serta akidah anak-anak terbela, bagaimana begitu kejam dan tak berhati perut sehungga boleh perlekehkan kematian dua-dua pejuang yang terkorban ini. Secara zahirnya diluar kotak pemikiran bila kematian begini dipersendakan malah menuduh UMNO punya kerja? Kalau beginilah nampaknya cukup jelas kita malah rakyat cukup marah dengan sendaan begini, apakah tidak terfikir olehnya bagaimana pertaruhan nyawa demi keamanan yang sedang kita kecapi?
Jadi teman akan lega kalau Anak-anak Norman Hakim dijaga baik olehnya sendiri dengan memey yang nyata jelas sayangkan anak-anak ini sekalipun bukan darah dagingnya sendiri kerana itulah manusia sebenarnya yang punya hati dan memahami erti kehilangan terutamanya bapa anak sekecil ini yang terkorban
Lantak ler korang nak kata apa kat teman, yang penting teman lahirkan rasa sekalipun Norman Hakim yang tiada kaitan dengan teman, nasib anak-anak teman utamakan, moga dia tak menjadi begini dihina oleh seorang penjaganya yang lansung tak merasa kesedihan ini malah merupakan heroin dalam ratusan episod dalam drama bersiri tentang peejuangan POLIS itu sendiri
Jangan sehungga anak ini besar esok akan memepersoalkan betapa ibunya yang mengajar anaknya supaya biadap dan tidak menghargai perjuangan pasukan keselamatan yang sanggup korbankan nyawa demi keamanan yg kita sedang kecapi.biarlah anak ini membesar dengan rasa kemanusian serta bertanggung jawab sebagai rakyat yang sayangkan keamanan dan tidak sesuka hati menabur fitah malah persendakan kematian pejuang-pejuang yang syahid seperti dalam isu ini, Insyallah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan