21 Mac, 2013

NIZAR KOMPOM LARI DARI PENGUNDI BUKIT GANTANG?

Dah agak dah! Nizar tau kali nie dia bungkus di bukit gantang dan  pasir panjang, jadi dia pakat cari tempat baru, cari tempat selamat, terkini dia akan bertanding di Changkat. jering pulak, di Pasir panjang dia tak disenangi rakyat sebab kegagalannya berkhidmat untuk rakyat sebaliknya yang dia buat ceramah sepanjang masa, menabur fitnah lebih diutamakan dari nasib rakyat.

Bukan setakat itu malah beliau juga yang dikenali sebagai pembohong bersiri nampaknya yang membuatkan pengundi akan memastikan dia bungkus kalau bertanding di pasir panjang, Imran yang jga merupakan bekas orang kuat tentera laut juga sebelum ini agak kecewa dengan si nizar nie bila secara jelas dia menghina anggota TLDM apabila mengatakan di upah RM 30 sekeluarga oleh BN untuk hadir meramaikan satu majlis keluarga TLDM bersama Dr Zambry Kadir.

Imran juga agak marah bila penghinaan ini dibuat oleh nizar disebalik niat dia sendiri nak intai peluang bertanding di pasir panjang bila mengetahui si Meroyan nie tak da harap nak menang disini. Bagaimana pun si nizar memang tau dia akan kalah, disebabkan kena tamak kuasa maka jalan terbaik yg dia ada ialah dengan guna PAS Pusat, kalau setakat dia sendiri tentu sapapun tak menyokong, apatah lagi sebelum PKR mengamok bila tempat dema diambil oleh meroyan nie, nampaknya jelas sangat Pakatan dah tak berapa nak pakat dah!

SELANGOR – PAS Pusat memutuskan bahawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.
Jelas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, perkara itu diputuskan setelah perbincangan diadakan diperingkat pusat.
“Kita (PAS Pusat) sudah setuju untuk Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertanding di Changkat Jering. Yang lepas itu beliau bertanding di Bukit Gantang, buat masa ini PRU13 di bertanding satu sahaja. Munasabah bagi beliau kerana DUN Changkat Jering adalah dibawah kerusi Parlimen yang disandang oleh beliau,” kata Nizar ketika dihubungi ABN News.
Ujar beliau Nizar selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak akur akan keputusan itu dan sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 nanti.
Namun, Mustafa berkata keputusan muktamad tentang calon yang akan bertanding dan strategi untuk menawan kembali Perak terserah kepada Pakatan Rakyat.
Beliau enggan mengulas tentang kenyataan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Dr Mohd Nor Manuty mempersoal tindakan  PAS mengumumkan Nizar sebagai calon kerusi di DUN berkenaan yang sebelum ini ditandingi PKR.
Dr Mohd Nor berkata PKR bersetuju PAS bertanding di kerusi DUN berkenaan dengan syarat parti itu menggantikannya dengan kawasan DUN lain yang boleh menang tetapi pengumuman telah dibuat apabila perkara itu belum diputuskan secara rasmi.
Mustafa berkata beliau setuju sepenuhnya dengan keputusan PAS Pusat bahawa di Bukit Gantang (Kerusi Parlimen) calon lain yang akan bertanding.
Ditanya mengenai strategi pertukaran ini, beliau menegaskan itu adalah strategi PR yang mahu merampas kembali Perak daripada tangan Kerajaan BN.
“Itu adalah hasrat PR yang sememangnya berusaha untuk mendapatkan balik Perak,” katanya.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain enggan memberikan sebarang komen mengenai keputusan PAS Pusat itu.
Desas desus sebelum ini kuat menyatakan Nizar sudah mula hilang pengaruh di Parlimen Bukit Gantang dan PAS Pusat bertindak mengumumkan beliau ditukarkan ke DUN Changkat Jering.
Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS negeri, Abu Bakar Hussain pada satu ceramah di Ayer Kuning di Bukit Gantang baru-baru ini.
Di pihak PKR, Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan mengemukakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Bukit Gantang Faizal Zainal sebagai calon PKR.
Nizar kini adalah  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang yang dimenangi beliau pada PRU12 lalu yang mengalahkan calon MIC, Vasan Sinnadurai dengan majoriti undi 4,474.
Pada 2009, beliau memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 akibat kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS.
Pada PRU-12, Osman Jailu penyandang kerusi DUN Changkat Jering yang mewakili PKR menang di kerusi itu tetapi bertindak keluar parti pada 2009 dan menjadi ADUN bebas.
PAS mencalonkan Pengarah Jabatan Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada PRU13 akan datang.
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)


Tiada ulasan:

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND