31 Julai, 2013

MAKANAN PALING MUAL DAN JIJIK, AWAS ANDA BOLEH HILANG SELERA MAKAN

BALUT, makanan aneh dari Filipina.

Walaupun rupanya agak mengerikan, tapi ternyata sebahagian masyarakat Filipina menyakini makanan ini berprotein tinggi. Sehingga 'Balut' boleh menjadi makanan ringan yang sihat. Makanan yang dalam bahasa Filipina bermaksud "dibungkus" ini sebenarnya juga ada di Negara Asia Tenggara lain, tapi memang paling banyak terdapat di Negara Filipina.

Balut yang biasa dijualkan di tepi jalan, sebenarnya adalah telur ayam atau telur itik rebus. Yang membuatnya istimewa adalah isi telur-telur ini merupakan embrio itik atau embrio anak ayam yang direbus hidup-hidup. Jadi embrio ayam atau itik ini sudah berbentuk seperti anak ayam yang terdapat paruh, bulu-bulu halus dan tulang lunak. Hm, bagi kita mungkin meloyakan ya?

Biasanya Balut dimakan dalam keadaan hangat dengan campuran garam, sambal, bawang putih dan cuka sebagai sosnya. Seperti makan telur setengah masaka saja. Sebelum memakan Balut, 'kuah' yang melindungi embrio harus diminum terlebih dahulu, baru kemudian kulit telur dikupas dan embrio matang ini dimakan. Kerana sudah ada tulang lunak dan paruh, makanya balut akan terasa garing ketika dimakan dan terkadang kita juga harus mengeluarkan bulu-bulu halus yang sukar dicerna. Buat yang suka makanan berjenis ekstrim, rasanya ini sesuai untuk dicuba.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yg kebulur 10 hari xmkan pun xmakan benda2 mcm ni..puih!

ANDA JUGA MUNGKIN MENCARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cerita kengkawan

YANG SEKUPANGDUA SELALU ROUND